Thursday 5 July 2012

Pengenalan

Kampung ini dinamakan Tanjung Pagar. Kampung ini terletak di persisiran Sungai. Tanjung Pagar mempunyai pelbagai sejarah yang menarik serta alam semulajadi yang indah disekitarnya. Diantaranya adalah Terowong Bukit Tebuk. Pada tahun 1916, seorang ahli kajibumi Jepun telah membuat kajian di Konsesi Chemuak, Hulu Dungun. Beliau mendapati kawasan tersebut mengandungi bijih besi dalam jumlah yang banyak. Sejak dari 1930, bijih besi mula dilombong secara besar-besaran di Bukit Besi. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dibina pada tahun 1935 dan disiapkan dalam tahun 1936. Terowong ini sepanjang 15meter. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa untuk mengangkut bijih besi dari Bukit Besi ke pelabuhan di Sura Gate. Lubang keselamatan. Sekiranya keretapi melalui terowong ini, pekerja atau sesiapa yang melalui Bukit Tebuk akan menyorok di lubang ini untuk mengelakkan mereka dilanggar. Penggunaanya sebagai laluan keretapi telah dihentikan setelah penutupan perlombongan bijih besi dan timah di Bukit Besi. Namun begitu laluan bukit ini telah digunakan penduduk setempat untuk ke Bandar Dungun


Suatu ketika dahulu terowong ini menjadi laluan utama bagi pengangkutan biji besi 

Terowong bukit Tebuk kini, masih kukuh dan ramai orang yang masih menggunakan laluan ini


Selain daripada itu juga, Tanjung Pagar juga indah pada alam semulajadinya. Terdapat berpuluh ekor Tuntung dan tidak diketahui jumlahnya yang hidup secara semulajadi di sepanjang Sungai Tanjung Pagar. Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura. Habitat utamanya adalah di perairan air payau. Tuntung boleh hidup hingga mencecah umur 70-80 tahun. Terdapat juga rekod yang mencatatkan tuntung mampu hidup sehingga berumur 100 tahun. Makanan utama tuntung adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai. Namun tuntung juga turut menggemari ikan kecil.

Gambar tuntung yang diambil disekitar Sungai Kampung Tanjung Pagar, Dungun. Terengganu


LOKASI KAMPUNG TANJUNG PAGAR, DUNGUN. TERENGGANU




No comments:

Post a Comment