Friday 27 July 2012

Al-Fatihah Dato DO Dungun Mustofa Abd Rahman



Al-Fatihah kepada Dato DO Dungun Mustofa Abd Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada 12 tenghari 27hb Julai 2012. Semoga beliau diberkati oleh Allah S.W.T tidak kiralah didunia mahupun akhirat. Amin

Thursday 19 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H

Kami semua daripada JKKK Kampung Tanjung Pagar ingin mengucapkan  
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H buat semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah, umur kita dipanjangkan untuk terus menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini. Kami ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala salah dan silap saya selama ini. Semoga kita semua diberkati oleh Allah S.W.T di bulan yang mulia ini.


Hadis Anas r.a meriwayatkan :
Apabila Ramadhan bermula, maka Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat didalamnya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan.."

Monday 16 July 2012

Program Sambutan WIRA SUKMA di Arena Square Dungun

Satu Program Sambutan WIRA SUKMA akan diadakan pada hari ini semperna kemenangan Sukan Sukma 2012 Sukan Malaysia XVdengan kemenangan 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa. Terengganu menjadi juara selama 4 kali berturut-turut. Dengan ini marilah kita berganding bahu agar Negeri Terengganu kita akan kekal sekebal sebegini selamanya. Syabas Atlit Terengganu sekali lagi.

Tempat :  Arena Square Dungun

Tarikh : 17 Julai 2012

Jam : 2.00 Petang.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi keadaan.


Sunday 15 July 2012

Lawatan Panel Hakim Kampung Bersih Tanjung Pagar

Terima Kasih kepada Para Panel Hakim kerana sudi datang melawat dan serta penghakiman bagi pertandingan Kampung Bersih dan Keceriaan Kampung 2012. 
Lawatan yang diadakan Pada 15 Julai 2012 Jam 2.30 Petang.





Friday 13 July 2012

PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KAMPUNG 2012

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN 
KECERIAAN KAMPUNG 2012



Pengerusi dan Jawatankuasa JKKK Tanjung Pagar mengucapkan "SELAMAT DATANG" ke Kampung Tanjung Pagar Dungun kepada semua hakim yang arif lagi bijaksana dalam siri penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung yang akan diadakan pada


 Tarikh : 15 Julai 2012
 Masa: 2.30 petang
 Tempat: Balai JKKK Tanjung Pagar, Dungun.

Carta Organisasi


Wednesday 11 July 2012

PM lawat Terengganu dua kali dalam tempoh sebulan





PM AKAN MELAWAT DUNGUN PADA 13 JULAI 2012

Dalam tempoh tidak sampai sebulan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka mengadakan dua lawatan sehari ke Terengganu.

Kunjungan pertama pada 13 Julai ini (Jumaat) dan mengulangi lawatannya pada bulan Ramadan nanti yang dijadualkan 10 Ogos depan untuk bertemu dengan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, dalam lawatan sehari Jumaat ini, Perdana Menteri akan melancarkan program ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’ di Arena Square, Dungun.

“Dato’ Sri Mohd Najib kemudiannya akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Bukit Payong, Marang dan seterusnya menghadiri majlis Jamuan Rakyat di Dataran Bukit Payong bersama kira-kira 10,000 penduduk tempatan,” .

“Sebelah petang Perdana Menteri akan bertemu dengan kira-kira 20,000 Anggota Rela seluruh negeri bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman hari ini (11 Julai).

Menurut Menteri Besar, Perdana Menteri dijangka pulang ke Kuala Lumpur jam 5.30 petang kerana akan menghadiri majlis penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada sebelah malamnya yang akan disempurna oleh Yang diPertuan Agong.

“Manakala lawatan pada Ogos depan, Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis berbuka puasa dengan rakyat jelata di negeri ini,” katanya. 

Lawatan PM di DUNGUN seperti Berikut :- 

Pada: 13 Julai 2012 (JUMAAAT) 
Masa: 9.00 pagi 
Tempat: Arena Square, Dungun 

Kehadiran tuan/puan akan menyeri lagi majlis tersebut. 

Friday 6 July 2012

Sukan KRT

KRT Dungun menganjur acara Sukaneka Hari ini di Padang Arena Square Dungun. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pertandingan Mewarna, Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA daripada Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dan macam macam lagi program yang diadakan. Dijemput orang ramai untuk menghadiri program tersebut bagi memeriahkan lagi keadaan

Tempat : Arena Square Dungun

Tarikh : 07 Julai 2012

Masa : 8.00 am - 5.00 pm


Jom jumpa disanaaa....

Hubungi Kami



ALAMAT :

En. Azmi Bin Rahman
Pengerusi JKKK Tanjung Pagar
BalaiRaya JKKK Tanjung Pagar,
Jalan Nibong,
Kampung Tanjung Pagar,
23000, Dungun. Terengganu.
Terengganu Darul Iman

Email : norhazlan@gmail.com - Webmaster / Admin / Pengurus Laman Blog


LOKASI :

Klik pada gambar peta untuk melihat dengan lebih jelas

Thursday 5 July 2012

Pengenalan

Kampung ini dinamakan Tanjung Pagar. Kampung ini terletak di persisiran Sungai. Tanjung Pagar mempunyai pelbagai sejarah yang menarik serta alam semulajadi yang indah disekitarnya. Diantaranya adalah Terowong Bukit Tebuk. Pada tahun 1916, seorang ahli kajibumi Jepun telah membuat kajian di Konsesi Chemuak, Hulu Dungun. Beliau mendapati kawasan tersebut mengandungi bijih besi dalam jumlah yang banyak. Sejak dari 1930, bijih besi mula dilombong secara besar-besaran di Bukit Besi. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dibina pada tahun 1935 dan disiapkan dalam tahun 1936. Terowong ini sepanjang 15meter. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa untuk mengangkut bijih besi dari Bukit Besi ke pelabuhan di Sura Gate. Lubang keselamatan. Sekiranya keretapi melalui terowong ini, pekerja atau sesiapa yang melalui Bukit Tebuk akan menyorok di lubang ini untuk mengelakkan mereka dilanggar. Penggunaanya sebagai laluan keretapi telah dihentikan setelah penutupan perlombongan bijih besi dan timah di Bukit Besi. Namun begitu laluan bukit ini telah digunakan penduduk setempat untuk ke Bandar Dungun


Suatu ketika dahulu terowong ini menjadi laluan utama bagi pengangkutan biji besi 

Terowong bukit Tebuk kini, masih kukuh dan ramai orang yang masih menggunakan laluan ini


Selain daripada itu juga, Tanjung Pagar juga indah pada alam semulajadinya. Terdapat berpuluh ekor Tuntung dan tidak diketahui jumlahnya yang hidup secara semulajadi di sepanjang Sungai Tanjung Pagar. Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura. Habitat utamanya adalah di perairan air payau. Tuntung boleh hidup hingga mencecah umur 70-80 tahun. Terdapat juga rekod yang mencatatkan tuntung mampu hidup sehingga berumur 100 tahun. Makanan utama tuntung adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai. Namun tuntung juga turut menggemari ikan kecil.

Gambar tuntung yang diambil disekitar Sungai Kampung Tanjung Pagar, Dungun. Terengganu


LOKASI KAMPUNG TANJUNG PAGAR, DUNGUN. TERENGGANU




ucapan aluan


Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi JKKK Tanjung Pagar.

Terlebih dahulu, saya ucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pembangunan Laman Web Rasmi JKKK Tanjung Pagar.

JKKK Tanjung Pagar komited dalam menyalurkan maklumat terkini kepada orang ramai, serta pelbagai lagi maklumat kepada masyarakat di Negeri Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar masyarakat mengambil tanggungjawab ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang IT diri dan keluarga supaya dapat bersama-sama kita merealisasikan impian melahirkan individu dan masyarakat yang sihat sepanjang hayat.

Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan dan perkhidmatan yang disediakan. Selamat melayari Laman Web Rasmi  JKKK Tanjung Pagar  dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Sekian, terima kasih.

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi JKKK Kampung Tanjung Pagar. Dungun, Terengganu