Saturday 21 September 2013

Program Communication for Behavioural Impact (COMBI) 20/09/2013

Program Communication for Behavioural Impact (COMBI) 20/09/2013

Assalamualaikum wbt semua. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda SAW akan kita terima kelak..

Apakah itu COMBI?. Saya sebenarnya tidak berapa jelas mengenai apa itu COMBI sebenarnya tetapi yang saya tahu ia adalah sebuah program khusus kelolaan Kementerian Kesihatan dengan penglibatan bersama masyarakat untuk mencegah nyamuk aedes dari terus membiak seterusnya menyebabkan penularan demam denggi.

Secara ringkasnya, maksud COMBI itu adalah Communication for Behavioural Impact atau dalam bahasa Melayunya adalah kita menggunakan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku manusia. Tingkahlaku yang diamalkan dalam COMBI ini adalah :-

PERIKSA tempat-tempat normal bagi nyamuk aedes membiak seperti bekas berisi air sama ada di dalam atau di luar rumah.
SEGERA ke klinik / hospital berdekatan jika terdapat tanda-tanda demam kerana dikhuatiri ia bukan demam biasa tetapi demam denggi.
Program COMBI ini lebih jitu jika mendapat kerjasama dari Persatuan Penduduk sesebuah taman itu atau Pengerusi JKKK sesebuah kampung. Penggemblengan tenaga antara Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran dengan penduduk kampong atau taman akan menjadikan program ini lebih berjaya lagi dalam membasmi pembiakan nyamuk aedes dan penularan demam denggi.

Kepada anda sekalian, apakah yang anda fahami akan program COMBI ini. Pernahkah kawasan kejiranan anda melaksanakan program COMBI ini dan sejauh manakah kesannya ??? Layangkan minda anda untuk kita kongsi bersama....










No comments:

Post a Comment